7 Khasiat Cocoa Untuk Kulit Yang Flawless

Posted by Qurraisha 29/01/2019 0 Comment(s)

 

khasiat-cocoa

 

Assalamualaikum w.b.t,

cocoa-butter

 

Biji koko mengandungi komponen berupa polyphenol dan flavanol yang berasal dari tumbuhan, yang sering disebut sebagai buah super dalam industri makanan. Dalam industri coklat pula, perkataan "Cocoa" itu sendiri merujuk pada produk mentah yang dihasilkan daripada biji koko, seperti cocoa powder, cocoa butter dan cocoa mass.

 

"Cocoa Powder" dihasilkan dengan mengisar biji koko (yang telah diperam, dikeringkan dan dipanggang) sehingga menjadi serbuk halus, tanpa menambah sebarang bahan pemanis. "Cocoa Butter" pula dihasilkan dengan mengekstrak lemak kok daripada biji koko tadi.

 
Di sini Sha ingin berkongsi 7  khasiat Cocoa yang anda mungkin tidak tahu, tapi pasti membuka mata anda untuk diamalkan supaya kulit anda lebih sihat, cantik dan flawless!
 

1. Menjaga Kulit Agar Tetap Lembap Dan Halus

Cocoa mempuyai kandungan lemak yang tinggi, yang dapat melembapkan dan memberi nutrisi pada kulit sehingga dapat meningkatkan kekenyalan kulit. Kandungan vitamin A, C, dan E di dalam Cocoa juga dapat menjaga kelembapan kulit dengan efektif semasa kulit mengering akibat perubahan cuaca dan suhu persekitaran.

 

2. Mengandungi Kandungan Anti-Oksidan

Kandungan anti-oksidan (flavanoids) dalam Cocoa juga mampu menjaga kulit wajah anda supaya bebas dari serangan racun dan kuman yang kerap kali hinggap pada kulit wajah. Menurut pengkaji dari American Health Foundation, kandungan anti-oksidan utama di dalam Cocoa mampu mampu melindungi kulit anda hampir 100 kali lebih efektif dari pada Vitamin C dan 25 kali lebih baik daripada Vitamin E.

 

3. Menghalang Jerawat Dan Selulit

Kandungan anti-bakteria (flavanoids), asid linoleik dan komponen yang disebut theobromine  di dalam Cocoa dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat, membakar lemak & menyingkirkan selulit. Siapa sangka Cocoa boleh membakar lemak kan?

 

4. Meyembuhkan Luka Dan Memperbaharui Kulit Secara Semulajadi

Kulit wajah yang menjadi kusam kerana stres atau kurang tidur dapat dikembalikan kesihatannya dgn beraneka nutrisi yg ada di dalam Cocoa seperti Omega 6 & 9, vitamin E & K, zinc, iron, dopamine, trytophan, & antioxidant. Untuk pemakaian secara luaran, Cocoa boleh juga digunakan sebagai krim mata untuk menghilangkan masalah kelopak mata hitam bak mata panda.

 

Bagi Anda yang baru saja melahirkan atau mengalami penurunan berat badan yang signifikan dan memiliki stretch marks di bagian perut, Cocoa merupakan solusi yang efektif untuk mengurangi masalah tersebut. Meskipun hal ini belum terbukti secara klinikal, anda tetap boleh mencubanya sendiri.

 

5. Mengurangkan Tanda-Tanda Penuaan

Cocoa dipenuhi dengan kandungan flavanoids yang bermanfaat menangkal radikal bebas, melindungi kulit dari kedutan, dan mengurangi tanda-tanda penuaan. Kerana radikal bebas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut, maka Cocoa dapat melembabkan kulit dengan sangat efektif hingga lapisan terdalam kulit.

 

6. Mencerahkan Kulit Wajah

Penggunaan Cocoa juga mampu membantu mencerahkan kulit wajah. kandungan anti-oksidannya (flavanoids) membantu kulit untuk merefleksikan kembali sinar ultraviolet, yang berkontribusi untuk meningkatkan penampilan kulit dengan mengurangi kerosakan akibat sinar UV dan kerosakan kolagen yang dialami di dalam kulit. Untuk kaedah ini, bahan Cocoa ini bolehlah dicampur dengan susu secukupnya.

 

7. Efek Menenangkan

Anda kerap "bad mood" atau stres? Ternyata Cocoa berfungsi untuk meredakan stres dan tegangan pada otot-otot yang kaku, termasuk pada kulit. Cocoa memiliki efek anti estrogenik yaitu dapat mengurangi atau menghambat efek hormon wanita dan estrogen pada tubuh.

 

Sha telah amalkan pemakaian produk natural berasaskan Cocoa iatu COCO BLUSH FACE GLAM  sejak tahun lepas lagi. Penggunaan COCO BLUSH FACE GLAM secara konsisten akan menjadikan kulit Sha lebih sihat dan anjal, di samping mencegah pembentukan bakteria pada muka yang menjadi penyebab pembiakan bakteria dan pembentukan jerawat.

 

Kepada mereka yang ingin mencuba produk berasaskan Cocoa ini bolehlah mendapatkannya di QURRAISHA.COM - boleh sekali redeem baucher RM10 anda kan!

 

Tinggalkan komen dibawah jika ada sebarang soalan.

 

Leave a Comment