Kenapa Internet Macam Siput Sangat Hari Nie?

Posted by Qurraisha 01/02/2019 0 Comment(s)

 

internet-siput

 

Assalamualaikum w.b.t,

stress

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya kena lembap sangat melayar halaman web Internet pada hari nie? Sesetengah halaman web laju jer, sesetengah tu lembap tahap siput betul!

 

Perkara ini berlaku pada peringkat global, berkaitan dengan perubahan sistem DNS Internet.

 

DNS atau biasa disebut Domain Name Server adalah suatu sistem untuk menyimpan maklumat host atau domain di dalam jaringan Internet.

 

Dalam kata lain, DNS menerjemahkan nama domain kepada alamat internet (IP adddress). Misalnya jika facebook.com memiliki alamat IP 69.63.181.11 maka anda menaip 69.63.181.11 di browser anda, maka secara automatik browser anda akan memaparkan halaman web facebook.com pada alamat address nya.

 

Sistem DNS yang kita guna pakai hari nie telah berusia lebih 20 tahun dan terdedah kepada pelbagai masalah yang timbul, kesan perubahan masa dan teknologi. Untuk memastikan kelancaran dan pematuhan (compliance) sistem DNS ini dimasa hadapan, penyedia perkhidmatan Internet dan perisian DNS telah bersetuju untuk mengubah sistem DNS ini. Perubahan ini akan membuatkan operasi sistem DNS menjadi lebih efisyen dan memungkinkan penambahan fungsi-fungsi baru seperti mekanisma keselamatan menghalang serangan DDoS. Kempen DNSfladay 2019 telah dimulakan bagi tujuan ini.

 

Melalui kempen DNSfladay 2019, pada atau sekitar 1hb Febuari 2019, penyedia perkhidmatan Internet dan vendor DNS akan mengemaskinikan perisian mereka untuk TIDAK lagi menerima request DNS yang tidak mematuhi piawaian (standard) DNS yang baru. Perubahan ini merangkumi kesemua server "Authoritative" yang tidak mematuhi piawaian asal DNS standard tahun 1987 (RFC1035) atau yang baru EDNS dari tahun 1999 (RFC2671 dan RFC6891).

 

Selepas dari tarikh yang dinyatakan ini, halaman web yang dihos atau menggunakan sistem DNS yang lama, tidak dapat lagi dicapai sepenuhnya dari Internet. Jika anda tidak dapat mengkases sesuatu halaman web, anda boleh semak jika halaman web itu telah mengadaptasi sistem DNS yang baru. Semakan boleh dibuat melalui halaman web https://dnsflagday.net

 

qurraisha-dns

 

Alhamdulillah, halamam web QURRAISHA.COM telah mengadaptasi sistem DNS baru ini dan boleh diakses dengan laju seperti biasa. Jika anda menghadapi masalah mengakses halaman web QURRAISHA.COM, tolong maklumkan kepada Sha ye.

 

Tinggalkan komen dibawah jika ada sebarang soalan.

 

Leave a Comment