Mana Nak Cari Modal Berniaga RM50 Ribu?

Posted by Qurraisha 28/01/2019 1 Comment(s)

 

modal-berniaga

 

Assalamualaikum w.b.t,

 

Salah satu cabaran kepada usahawan kita adalah modal. Memang modal bukan segalanya tapi merupakan salah satu faktor penyumbang yang boleh mempercepatkan perkembangan bisnes.

 

Ini topik yang menarik, kerana ramai yang menghadapi kesukaran mengumpul modal untuk berniaga. Contohnya, jika seseorang mahu memulakan perniagaan dobi dengan mesin basuhnya sendiri, dia memerlukan modal sebanyak RM20,000. Jika dia mempunyai wang sebanyak RM3,000, bagaimana dia dapat mencari jumlah modal yang selebihnya?

 

Pernah Anda Dengar Tentang Funding Society?

 

Funding Society adalah platform pembiayaan dan pelaburan Peer-to-Peer (P2P) terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, dengan jumlah pembiayaan secara 'crowdfunding' sehingga RM1.16 billion.

 

Bertapak pada awal tahun 2015, Funding Society bermula sebagai platform pembiayaan digital berlesen yang membantu industri kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan pembiayaan daripada pemberi pinjam (lender) institusi. Berdaftar dengan Suruhanjaya Securiti Malaysia, Funding Society adalah terikat dan diselia dibawah Akta Securiti Malaysia.

 

Berbeza dengan peraturan dan kaedah pinjaman daripada bank komersil, Funding Society menyediakan solusi pembiayaan yang pelbagai, untuk tempoh dari 1 hingga 24 bulan, tanpa sebarang cagaran. Pastinya ini adalah salah satu kaedah pembiayaan yang menarik dan berbaloi untuk difikirkan.

 

Sha kongsikan disini video pengalaman usahawan Mandy Leong, pengasas kosmetik  jenama Chriszen. Mandy adalah salah seorang penerima pembiayaan RM500,000 secara "crowfunding". Bermula dari sebuah kedai sahaja, dia berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga 3 buah kedai dalam masa satu tahun sahaja!

 

 

 

 

Sha amat berminat dengan kaedah pembiyaan "crowdfunding" ini dan Insyallah QURRAISHA.COM boleh dikembangkan lagi, Amin....

 

Tinggalkan komen dibawah jika ada sebarang soalan.

 

1 Comment(s)

Azie:
29/01/2019, 08:18:42 PM
Reply

Salam. Macam mana nak dapatkan pinjaman modal

Sha:
30/01/2019, 05:59:19 AM

W'kumsalam Azie. Untuk memohon pembiayaan perniagaan di Funding Society, Azie bolehlah mendaftar di https://fundingsocieties.com.my/borrow Masukkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan. Jika ada sebarang persoalan, Azie boleh semak dahulu FAQ dan livechat di https://fundingsocieties.com.my/faq

Leave a Comment