Tanggungjawab Suami Untuk Mencari Rezeki, Tetapi ...

Posted by Qurraisha 28/01/2019 0 Comment(s)

 

tanggungjawab-suami

 

Assalamualaikum w.b.t,coco-blush

 

Nafkah yang dipertanggungjawabkan ke atas seorang lelaki yang sudah berkahwin adalah dalam bentuk zahir dan batin kepada isteri dan anak. Suami wajib menyediakan nafkah zahir seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman serta keperluan asas kepada isterinya.

 

Begitu juga kewajipan suami dalam memberi nafkah kepada anak. Seorang suami wajib menyediakan tempat tinggal, makanan dan minuman, pakaian, perbelanjaan perubatan, pendidikan dan kebajikan anak.

 

Walaubagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan, dan ada pula yang sebaliknya. Apa yang penting, suami memberi komitmen dalam laksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin, agar keluarganya lebih selesa dan bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.

 

Dalam aturan perjalanan sebuah rumah tangga, muafakat antara suami dan isteri sangat penting. Dengan kos sara hidup zaman sekarang yang semakin meningkat, segala-galanya memerlukan duit. Islam tidak pernah melarang isteri untuk bekerja, asalkan pekerjaannya itu halal, mendapat persetujuan suami dan tidak melanggar syariat. Sebagai isteri, amatlah mulia kalau kita boleh turut sama membantu suami untuk cari pendapatan tambahan untuk keluarga.

 

Untuk mereka yang ada modal, bolehlah berkira-kira nak berniaga. Tetapi, ada duit pun kalau tak ada ilmu berniaga, boleh lebur juga pelaburan kita nanti.  Kita kena fikirkan masak-masak sebelum membuat sebarang pelaburan untuk perniagaan. Jangan silap langkah!

 

Nasihat Sha kepada mereka yang minat dan ikhlas untuk berniaga, timbalah ilmu perniagaan dahulu. Bermula secara kecil-kecilan dan berkembanglah dari situ. Sha sendiri pun bermula dengan menjadi agen dropship sehinggalah mencapai tahap stokis COCO BLUSH FACE GLAM, VANILLA SPLASH BODY GLAM , VITS OIL dan agen untuk NORAFULA MEGA VOLUME MASCARA.

 

Sha masih lagi belajar dan akan cuba untuk melangkah lebih jauh lagi. Untuk mereka yang berminat untuk belajar berniaga bersama-sama Sha, bolehlah mendaftar sebagai agen dropship di QURRAISHA.COM. Insyallah Sha akan kongsikan tips-tips dan pengalaman Sha.

 

Tinggalkan komen dibawah jika ada sebarang soalan.

 

Leave a Comment